Pihak Masjid An-Nasuha ingin memastikan jemaah yang datang ke masjid dapat meletakkan kenderaan masing-masing dengan selamat dan tersusun baik memandangkan masjid ini berada di tepi jalan besar dan membahayakan kepada pengguna jalan raya khususnya apabila kenderaan jemaah diletakkan di tepi laluan utama sehingga banyak berlaku kemalangan terutama apabila waktu solat Jumaat, majlis ceramah perdana dan solat Aidilfitri/Aidiladha.
.
Ruang pakir ini juga sebagai menampung jumlah akses kenderaan yang berkunjung ke masjid samada untuk solat atau masjlis ilmu. Pakir sekarang sangat terhad dan tidak tersusun baik. Lokasi cadangan adalah pada ruang pakir sekarang yang disewa oleh pihak masjid dan kawasan lapang sekeliling masjid sehingga ruang belakang masjid.
.


