

Di Masjid An-Nasuha ada menyediakan PUSTAKA MINI di mana ianya merupakan ruang bacaan berskala kecil yang menyediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan bahan ilmiah bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan komuniti khususnya bagi masyarakat di dalam kariah Rumbia.
.
PUSTAKA MINI ini ialah satu inisiatif yang dicadangkan oleh Tuan Pengerusi Masjid iaitu Haji. Mohamad Zin bin Arshad dan juga merangkap Tok Sidang Kariah Rumbia. Tujuan asalnya adalah untuk mengimarahkan Masjid An-Nasuha ini menjadi "one-spot center" bagi setiap lapisan masyarakat di dalam kariah Rumbia ini mendekatkan diri dengan masjid. Jadi pelbagai usaha diwujudkan termasuk PUSTAKA MINI ini untuk menarik minat masyarakat untuk sentiasa menjadikan masjid ini dekat di hati.
.
Pihak masjid telah bekerjasama dengan pihak PERPUSTAM untuk menjadikan PUSTAKA MINI ini dilengkapi dengan bahan bacaan dan rujukan khususnya berkaitan ilmu agama dan bahan-bahan rujukan yang diiktiraf iaitu merujuk kepada bahan yang diperoleh daripada institusi, penerbit atau penulis yang mempunyai kredibiliti serta diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti agensi kerajaan, institusi pendidikan dan badan profesional.