Masjid memerlukan sumbangan untuk membina tempat pakir kenderaan khususnya untuk jemaah yang datang ke Masjid An-Nasuha, Kariah Rumbia, Alor Gajah, Melaka.
.
Tujuan adalah untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat terutama apabila waktu solat Jumaat, kuliah agama/ceramah perdana, solat hari raya bagi Aidilfitri/Aidiladha. Ianya sekaligus dapat memberi keselesaan dan keselamatan kerana dapat membantu mengelakkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku seperti kemalangan. Kenderaan jemaah sekarang banyak di pakir pada sisi jalan utama dan ianya membahayakan kepada semua pengguna jalan raya.
.
Maka dengan ini, langkah usaha pihak masjid adalah untuk membina tempat pakir kenderaan yang lebih selesa, teratur dan selamat.
.
Semoga sumbangan kalian nanti dapatlah membantu masjid untuk membina apa yang dirancangkan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua penginfaq. Semoga Allah luaskan dan lipat gandakan rezeki kalian dan dipermudahkan setiap urusan. Aamiin.